- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: June 2013

Monday, 24 June 2013

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BAGI TEKANAN DARAH RENDAH

Apakah itu Tekanan Darah Rendah? (Hypotension)




Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gelaja

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)
Tekanan Darah Normal = 120 / 80 mmHg
Tekanan Darah Rendah = 90 / 60 mmHg

Tekanan darah yang normal biasanya di antara julat 120/80 (systolic / diastolic). Orang yang sihat, terutama atlet, tekanan darah rendah adalah tanda jantung (kardiovaskular) yang sihat (jantung dan saluran darah). Tetapi tekanan darah remdah adalaha menjadi tanda masalah asas - terutama warga warga tua - di mana ia boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, otak dan organ-organ penting yang lain.

Tanda-tanda penghidap Tekanan Darah Tinggi
           
    1. Cepat lelah / sesak nafas terutama bila cuaca panas
    2. Sering menguap
    3. Pening kepala ketika posisi badan berubah
    4. Mudah berpeluh
    5. mata terkunang-kunang / penglihatan kurang jelas
    6. Muka pucat
    7. Mual dan lesu
    8. Kulit berasa dingin, pucat dan lembab
    9. Tangan dan kaki kebas
    10. pernafasan cepat dan pendek
    11. cepat haus
    12. Pengsan (tahap serius)

    Punca Tekanan Darah Rendah


    Punca Tekanan Darah Rendah tidak jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut :-

    1. Kehamilan 
    2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
    3. Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
    4. Kegagalan jantung
    5. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
    6. Pelebaran atau pengembangan saluran darah
    7. Keletihan haba atau strok haba
    8. Penyakit hati
    Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah
    1. Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
    2. B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
    3. Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
    4. ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
    5. Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
    6. Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)

    Tidak semestinya anda perlu mengambil suplemen di atas. Sebaik-baiknya, kenal pasti punca tekanan darah rendah terjadi. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. :)

    Tips mengatasi ketika mengalami Tekanan Darah Rendah

    Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.
    • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
    • Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
    • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
    • Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
    • Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap 
    • Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

    Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)
    010-966 2965 (SUZANA) 
     Shaklee Independent Distributor 912405
    shakleesuzeng@yahoo.com

    Wednesday, 19 June 2013

    CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BAGI TEKANAN DARAH TINGGI

    Di Malaysia, tekanan darah tinggi merupakan masalah umum di negara kita, statistik menunjukkan seorang daripada tiga orang rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.

    Apakah itu Darah Tinggi?

    Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

    Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

    Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.



    Apakah itu Tekanan Darah Tinggi?

    Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.

    Apabila ini terjadi, darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.




    Jantung sekarang terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi auat bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat.

    Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).

    Punca Tekanan Darah Tinggi

    Selalunya tidak diketahui oleh itu ia dikenali penyakit 'dalam diam'. Walaubagaimanapun tekanan darah tinggi boleh disebabkan oleh :-
    • Cara hidup tidak aktif
    • Umur melebihi 35 tahun
    • Kegemukan
    • Paras kolestrol yang tinggi
    • Faktor keturunan & sejarah keluarga
    • Pengambilan alkohol yang berlebihan
    • Merokok
    • Pengambilan garam yang tinggi
    • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
    • Penyakit buah pinggang

    Tanda-tanda penghidap Tekanan Darah Tinggi
    • Penghidap kebanyakannya tidak mengalami sebarang gejala
    • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
    • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku pada waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Tekanan Darah Tinggi)
    Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

    Kesan Tekanan Darah Tinggi
    1. Otak : Serangan Strok/Angin Ahmar ringan dan sementara
    2. Penyakit jantung : Kegagalan, serangan jantung dan kematian
    3. Komplikasi pada mata : Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    4. Komplikasi pada buah pinggang : Kegagalan fungsi buah pinggan
                            


    Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah tinggi

    Berikut adalah cadangan suplemen Shaklee kepada penghidap tekanan darah tinggi dalam membantu mengurangkan dan mencegah walaupun bukan dijamin 100%, tetapi ia membantu memulihkan tekanan darah tinggi kepada normal kembali.


    1.  Lecitihin : " membakar lemak "- mengelmulsi lemak yang menjadi penyebab pembentukan kolestrol, menolong tubuh menyerap lemak tepu
    2. Omega Guard : mengurangkan tahap kolestrol, melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan, mengurangkan risiko sakit jantung
    3. Garlic : menurunkan tahap kolestrol, merendahkan tekanan dan mencairkan darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol
    4. Vitamin E : membekalkan selenium yang cukup kerana kekurangan selenium seringkali dikaitkan dengan penyakit jantung
    5. Ostematrix : mengekalkan tekanan darah normal, menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi
    6. Alfalfa Complex : membantu sistesis lemak
    7. Vitamin C : mengekalkan kolestrol sihat, mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat.
    Saranan pemakanan harian
    • Mengambil makanan yang rendah lemak
    • Kurangkan penggunaan minyak dan santan
    • Kurangkan pengambilan garam dan gula
    • Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
    • Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak haiwan
    Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagao penyakit berbahaya.

    Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)



    010-966 2965 (SUZANA) 
    Shaklee Independent Distributor 912405
    shakleesuzeng@yahoo.com

    Tuesday, 11 June 2013

    SUPLEMEN CERDAS DAN CERGAS PELAJAR PINTAR

    Suasana pembelajaran persekolahan anak-anak kini semakin bertambah selari pemodenan pembangunan  dunia. Pembelajaran bukan sahaja di sekolah, malah ada yang menghadiri kelas-kelas tambahan yang lain.  Ini menyebabkan anak-anak kita menjalani kehidupan yang sibuk dan tertekan. 

    Pada usia mereka, pengambilan pemakanan yang seimbang sangat penting bagi menampung keperluan harian tumbesaran mereka. Otak mereka memerlukan zat nutrien yang penting bagi perkembangan dan interaksi antara sel saraf neuron untuk memproses maklumat dalam otak.

    Jika anda sebagai ibu bapa yang menitikberatkan keperluan pemakanan harian mereka dan risau jika keperluan yang diberi selama ini tidak tidak mencukupi, di sini kami ada menawarkan cadangan suplemen yang dapat membantu anda menangani isu ini.


    CADANGAN SET CERGAS & CERDAS PELAJAR PINTAR


    Cadangan Set Cergas dan Cerdas Pelajar Pintar terdiri daripada
    1. B Complex
    2. Lecithin
    3. OmegaGuard
    4. Meal Shake

    Jom kita lihat apa kebaikan yang terkandung dalam suplemen in

    1. B Complex
    • Mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan biotin yang mematuhi RDA
    • Ia juga dikenali sebagai vitamin penenang (stress) dan sangat sesuai bagi mereka ingin menenangkan tekanan di sekolah dan persekitaran sekarang.
    • Memperbaiki daya tumpuan dan pembelajaran di dalam kelas.

    2. Lecithin
    • Mengandungi kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetikolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf dan kesihatan otak.
    • Proses penghantaran mesej ke otak yang baik menjadikan otak cerdas dan cepat faham sesuatu perkara
    3. OmegaGuard
    • Mengandungi 540mg EPA (Eicosapentaenoic asid) dan 360mg (Docosahexaenoic asid) dalam setiap biji
    • Nutrisi terbaik untuk otak, retina mata, jantung dan sistem saraf untuk fungsi tubuh yang optimum
    • Terdapat 97% DHA dalam keseluruhan Omega-3 yang terdapat dalam otak
    • Kajian menunjukkan diet yang kaya Omega-3 boleh meningkatkan keupayan belajar, kemahiran menaakul dan menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.
    • Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.
    4. Meal Shake
    • Menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
    • Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
    • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh-kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Meal Shake, sila baca di sini

    Cadangan set ini sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan untuk pelajar sekolah rendah sehingga peringkat tertinggi dalam pengajian. Namun cara pemakanan mengikut kesesuaian peringkat umur mereka.

    Setelah anda membeli set ini dari saya, cara pengambilan serta nasihat akan saya berikan dengan lebih lanjut.


    Siapa tak nak  memberikan yang terbaik dan dapat tengok anak berjaya kan? :)
    Untuk sebarang maklumbalas, sila hubungi saya

    010-966 2965 (SUZANA) 
    Shaklee Independent Distributor 912405
    PM https://www.facebook.com/messages/suzeng.la
    shakleesuzeng@yahoo.com





    Sunday, 9 June 2013

    MEAL SHAKE SHAKLEE

    MEAL SHAKE - sesuai untuk semua peringkat umur.

    Pada zaman sekarang, kanak-kanak terlalu banyak terdedah dengan pelbagai pencemaran, makanan tidak sihat kesibukan ibu bapa bekerja yang menyebabkan anak-anak diberi penjagaan di rumah asuhan atau tabika. Ini menyebabkan didikan serta corak pemakanan yang diterapkan kurang bermutu.

    Anak-anak sering demam, selesema serta kurang berselera terhadap makanan berkhasiat. Ini membimbangkan ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak mereka. 

    Jangan risau, Shaklee menyediakan suplemen bagi mengatasi masalah tersebut.

    MEMPERKENALKAN :
                                                             
    MEAL SHAKE

    MEAL SHAKE :
    • Menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
    • Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
    • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh-kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
    • Ia dihasilkan daripada bahan semulajadi- buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
    • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel proses membesar.
    • Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
    • Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
    • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
    • Kelazatan - minuman yang enak untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.
    • TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG PEWARNA DAN GULA TIRUAN
    Anak Selalu Demam dan Tiada Selera Makan?


                   


    Jom kita bace kisah benar (pengalaman saya sendiri)

    Puteri sulung saya Nur Aisyah Badrina, berumur 4 tahun. Sebelum saya memberi MEAL SHAKE, dulu makanan utama dia ada susu formula. Sangat jarang makan makanan yang berkhasiat. Bayangkan kalu hari-hari minum susu aje, susu pulak bukan murah satu paket. 1 Paket tu  tak sampai seminggu.
    Alhamdulillah, dalam seminggu saya campurkan MEAL SHAKE ke dalam susu dia, dah nampak perubahan. Di sini saya sertakan gambar beliau yang ketika itu makan mee hoon. (maaf gambar terlalu 'real', tak sempat nk suh dia posing cantik2, saya amik gambar tengah dia syok makan)


    Nur Aisyah Badrina

    Jom kita tengok antara gambar kastemer saya yang dikirimkan kepada saya





    Ada yang saya terima pengakuan ibu bahawa dia seperti tidak percaya anak mereka sekarang sudah meminta nasi untuk dimakan, seolah-olah menyerah diri... Cerita mereka sebelum ini bermacam-macam produk telah mereka cuba, tetapi hasil mengecewakan.

    Tetapi dengan MEAL SHAKE mereka sangat berpuas hati. Sungguh meyakinkan dan menyihatkan.

    MEAL SHAKE sesuai untuk :-

    • Kanak-kanak
    • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
    • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makanhidangan yang lengkap dan seimbang
    • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet.

    Sempena bulan promosi MEAL SHAKE, ape kata mencuba hari ini. Penjimatan sangat ketara.

    Nak tau, jom hubungi saya. :)


    010-966 2965 (SUZANA) 
    Shaklee Independent Distributor 912405
    shakleesuzeng@yahoo.com