- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: SAKIT TUMIT WAKTU PAGI

Sunday 31 May 2015

SAKIT TUMIT WAKTU PAGI


 Tumit merupakan salah satu bagian dari sistem pertulangan tubuh kita yang terletak di kaki. Tumit itu sendiri merupakan tulang terbesar dari telapak kaki. Tulang ini terletak di sebelah belakang yang mengalihkan berat badan di atas tanah ke belakang.


Dengan demikian, tulang tumit mempunyai tugas besar untuk menyangga berat badan, terutama ketika sedang berjalan atau berlari. Tumit juga bersendi, di sebelah atas tumit bersendi dengan talus (tulang tempat mata kaki berada) dan di depan dengan kuboid (tulang penghubung dengan jari-jari kaki).




Sakit tumit merupakan masalah kaki yang kerap berlaku kerana ia terdiri daripada masalah tapak kaki rata, tapak kaki terlalu melengkung, atau aktiviti fizikal seperti berlari yang boleh mencetuskan radang dan kesakitan pada sascia.

Lazimnya sakit tumit ia sebenarnya lebih dikenali sebagai plantar fasciitis di mana ia merupakan bengkak atau radang terhadap tisu yang menyokong lengkungan kaki yang dikenali sebagai sascia.

Radang ini disebabkan oleh tiada lengkungan pada kaki serta kaki mendatar yang memberi lebih tekanan serta berulang-ulang pada plantar sascia.

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
·         Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
·         Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
·         Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
·         Kecederaan tulang seperti retak


                             

·   Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi



Gambarajah menunjukkan tahap tekanan yang diterima oleh tumit
Semakin tinggi tapak tumit tinggi, semakin banyak tekanan yang ditanggung oleh tumit


Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.


Bagaimana mencegahnya ?

Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.




Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur. (yang ni saya tak jual ye ;p )





Cara mengurangkan rasa sakit tumit
  •   Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot. 

  •   Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit. 


  •  Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit. 
  •   Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar. 

  •  Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan. 
  •  Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan. 
  •   Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.


PETUA TRADISIONAL :

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.


Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. Apabila garam mulai panas, angkat dna bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit. Amalkan selalu.




 Bagaimana Suplemen Shaklee dapat Meredakan Sakit Tumit


OsteMatrix
 membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. [sumber: Shaklee website]

Kelebihan OsteMatrix :
·                     1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
·                     400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
·                     400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.




Omega Guard 
Shaklee mempunyai Omega-3, DHA & EPA.
Terkini menunjukkan pengambilan asid Kajian lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 



Manfaat Omega Guard :-
1.   Melambatkan degradasi tulang rawan 
2.   Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi 
3.   Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit 



Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)

010-966 2965 (SUZANA) Shaklee Independent Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com

No comments:

Post a Comment