- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: 05/03/15

Sunday, 3 May 2015

BAGAIMANA KALORI MEMPENGARUHI BERAT BADAN


 APA ITU KALORI

Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal dari bahasa Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). 

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1200-2000 kalori
 * (Pengiraan keperluan kalori bergantung aktiviti seharian)


Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat : Didarab dengan 4 kalori setiap gram

Protein 
:  Didarab dengan 4 setiap gram

Lemak 
:  Didarab dengan 9 setiap gram.

Karbo : Protein : Lemak  -> 4 : 4 : 9


Contoh Pengiran Kalori

Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;

Karbohidrat                            = 53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein                                       = 1g    (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)  = 16g (16g X4 = 64 Kalori)

Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?

Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan lebihan 543 kalori setiap hari sebagai lemak
543 X 365 hari (setahun) = 198,195 kalori setahun disimpan. 
Setiap lebihan 8000 kalori yang tidak digunakan akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kilogram!!!

Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?

Tingkatkan aktiviti harian;
  •  berjalan pantas
  •  naik turun tangga 
  •  cuci kereta
  •  bersukan
  •  senaman. 

Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang.
 Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori


 Tips dalam memilih makanan yang bijak bagi yang ingin menurunkan berat badan

  • Pilih makanan yang tidak bergoreng
  • Kurangkan makanan yang berkeju
  • Kurangkan manisan dalam makanan 
  • Pilih air kosong
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi mengurangkan lemak, kolestrol dalam badan


1) Lecitihin

* Fungsi utaman adalah sebagai "Fat Emulsifier" iaitu menggumpal minyak, lemak jahat serta kolestrol sewaktu makanan diambil dan menghalang diserap oleh perut.

* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol


2) OmegaGuard

fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku.

* Omega 3 berfungsi menghalang pembentukan lemak - maka ia meningkatkan metabolism- maka bakar lemak

*Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak

(untuk lebih memahami fungsi Omegaguard ini adalah mempercepatkan proses pembakaran lemak yang berlebihan dalam badan)


Untuk mengetahui suplemen untuk menurunkan berat badan, sila klik DI SINI 


Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)

010-966 2965 (SUZANA) Shaklee Independent Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com