- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: 02/21/17

Tuesday 21 February 2017

CADANGAN MENGURANGI KEMBUNG PERUT DENGAN SHAKLEE

APA ITU KEMBUNG PERUT?




Perut kembung adalah gangguan pencernaan dimana pesakit merasa perutnya tidak selesa kerana terasa penuh, bergelora dan bergas. Di samping itu, perut juga boleh kelihatan lebih besar daripada kebiasaannya. Keluhan ini umumnya terjadi bukan hanya pada orang dewasa tetapi juga pada anak-anak.

Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti bekerja dan kegiatan seharian. Jika dibandingkan dengan orang dengan keadaan perut normal, pesakit perut kembung akan lebih sering sakit, sering mengunjungi doktor, serta mengambil lebih banyak ubat-ubatan.



TANDA-TANDA KEMBUNG PERUT :
  • Terasa penuh, sesak, atau bengkak pada bahagian perut.
  • Rasa sakit dan penuh gas pada perut.
  • Rasa sakit yang muncul boleh menyebabkan kekejangan perut.
  • Kekerapan bersendawa menjadi lebih kerap.
  • Perut terasa tidak menentu.
  • Buang angin secara berlebihan.


PUNCA KEMBUNG PERUT :
  • Menelan udara, baik ketika makan dan ketika minum air.
  • Sembelit.
  • Merokok.
  • Makan terlalu cepat.
  • Berat badan meningkat.
  • Pertumbuhan bakteria terlalu cepat di usus kecil.
  • Naik turunnya hormon, khususnya pada wanita yang sedang mengalami pre menstrual sindrome.
  • Keadaan perubatan tertentu seperti giardiasis (parasit usus).

Doktor akan melakukan beberapa cara untuk mendiagnosis penyebab perut kembung pada pesakit, iaitu menilai rekod perubatan pesakit, menilai pola makan pesakit, serta melakukan pemeriksaan fizikal. Apabila melakukan pemeriksaan fizikal, doktor akan menepuk perut pesakit dengan jari sambil mendengar bunyi tepukan itu. Jika tepukan perut ketika ditepuk lebih nyaring, kebiasaan menandakan adanya gas pada rongga perut. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjutan pada pesakit bila dinilai perlu untuk menyingkirkan keadaan perubatan lain


Ada beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang lebih mudah terjadi kembung perut :

➤ Intolerance (tidak boleh mencerna) terhadap laktosa atau gluten.
➤ Lebih banyak mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan.
➤ Mengambil minuman bersoda.
➤ Mengidap gangguan usus yang kronik, contohnya Irritable Bowel Syndrome (gangguan fungsi usus besar yang ditandai dengan sakit perut, perubahan tabiat buang air besar, dan perut kembung), atau penyakit keradangan usus besar (kolitis ulserativa atau Crohn 's).


Keadaan perut kembung juga boleh menjadi gejala beberapa penyakit serius seperti:

➤ Cecair pada rongga perut yang disebut dengan istilah ascites, boleh terjadi akibat kanser, penyakit hati, kegagalan buah pinggang atau gagal jantung kongestif.
➤ penyakit seliak
➤ Kanser ovari.
➤ Gangguan fungsi pankreas.


Langkah-langkah untuk mengatasi kembung perut 

  • Minum air putih dengan kuantiti banyak, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  • elakkan pengambilan makanan yang masin termasuk sup.
  • Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Penambahan kuantiti dilakukan secara sedikit demi sedikit.
  • Utamakan pengambilan makanan segar dan hindari makanan segera.
  • Lakukan senaman secara teratur, sebaik-baiknya tiga kali seminggu.
  • Bagi yang mempunyai maslaah toleran laktosa, teruskan mengambil susu.
  • Elakkan mengambil makanan yang terlalu panas, sejuk atau berlemak.
  • Elakkan makanan yang memberi rangsangan berlebihan pada usus seperti kopi, teh serta coklat.


PETUA MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT / ANGIN DALAM BADAN

1) HALIA


Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sedap, kerana kini banyak halia sudah dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia. Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi perkara dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

2) BAWANG PUTIH




Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mrengusir angin dalam badan dengan cepat. Dengan memakan bawang putih (mentah), boleh membuang angin dalam badan.

Tapi, jika anda tidak mampu menelan secara berterusan dengan cara tradisional, kini anda boleh menelan secara tablet sahaja daripda produk Shaklee di mana ramuan 100% semulajadi tiada pengawet, pewarna, perisa tambahan dan bahan kimia iaitu Peppermint Ginger Plus dan Garlic Complec Shaklee.

CADANGAN MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT / MEMBUANG ANGIN DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

1) PEPPERMINT GINGER PLUS 



Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

Pudina (Peppermint)

  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.



Halia

  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.


Pokok adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.



Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

2) GINGER COMPLEX

Garlic yang dipilih adalah yang ditanam secara organik di California, USA. Ia tak disembur dengan bahan perosak dan dipilih dari jenis yang berkualiti.

Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk kekalkan satu bahan hebat dalam Garlic iaitu Allicin aktif.

Garlic Shaklee ada ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint

Setiap 2 tablet Garlic Shaklee bekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.



9 Kebaikan Garlic Yang Menjadi Pilihan Ramai



Kebaikan Garlic Shaklee #1: Mengandungi Spearmint
Garlic Shaklee ada dicampur sejenis herba namanya Spearmint. Fungsi Spearmint adalah untuk tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung


Kebaikan Garlic Shaklee #2: Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi
Bila kita sakit, selalu juga doktor bagi antibiotik untuk bunuh bakteria. Antibiotik yang doktor bagi bagus, tapi kalau kita asyik selalu ambil, kesannya sangat tidak baik. Kita boleh terkena kerintangan antibiotik di mana bakteria dah imun dengan antibiotik.

Garlic pula antibiotik semulajadi. Kita tak risau nak makan Garlic sebab selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.

Ia boleh tingkatkan sistem imun badan, halang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


Kebaikan Garlic Shaklee #3: Menghalang Alergi
Garlic Shaklee boleh tingkatkan sistem imun badan dari penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.


Kebaikan Garlic Shaklee #4: Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
Rupanya bukan Peppermin Ginger Shaklee sahaja yang boleh bantu tingkatkan sistem
penghadaman, Garlic Shaklee juga.

Ia juga boleh kurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.





011-1067.1067 (SUZANA)
011-1067.1067 (SUZANA)
011-1067.1067 (SUZANA)