Di Malaysia, tekanan darah tinggi merupakan masalah umum di negara kita, statistik menunjukkan seorang daripada tiga orang rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.
Apakah itu Darah Tinggi?
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Apakah itu Tekanan Darah Tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.
Apabila ini terjadi, darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Jantung sekarang terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi auat bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat.
Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Punca Tekanan Darah Tinggi
Selalunya tidak diketahui oleh itu ia dikenali penyakit 'dalam diam'. Walaubagaimanapun tekanan darah tinggi boleh disebabkan oleh :-
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Kegemukan
- Paras kolestrol yang tinggi
- Faktor keturunan & sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Merokok
- Pengambilan garam yang tinggi
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Penyakit buah pinggang
Tanda-tanda penghidap Tekanan Darah Tinggi
- Penghidap kebanyakannya tidak mengalami sebarang gejala
- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
- Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku pada waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Tekanan Darah Tinggi)
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Kesan Tekanan Darah Tinggi
- Otak : Serangan Strok/Angin Ahmar ringan dan sementara
- Penyakit jantung : Kegagalan, serangan jantung dan kematian
- Komplikasi pada mata : Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Komplikasi pada buah pinggang : Kegagalan fungsi buah pinggan
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah tinggi
Berikut adalah cadangan suplemen Shaklee kepada penghidap tekanan darah tinggi dalam membantu mengurangkan dan mencegah walaupun bukan dijamin 100%, tetapi ia membantu memulihkan tekanan darah tinggi kepada normal kembali.
- Lecitihin : " membakar lemak "- mengelmulsi lemak yang menjadi penyebab pembentukan kolestrol, menolong tubuh menyerap lemak tepu
- Omega Guard : mengurangkan tahap kolestrol, melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan, mengurangkan risiko sakit jantung
- Garlic : menurunkan tahap kolestrol, merendahkan tekanan dan mencairkan darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol
- Vitamin E : membekalkan selenium yang cukup kerana kekurangan selenium seringkali dikaitkan dengan penyakit jantung
- Ostematrix : mengekalkan tekanan darah normal, menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi
- Alfalfa Complex : membantu sistesis lemak
- Vitamin C : mengekalkan kolestrol sihat, mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat.
Saranan pemakanan harian
- Mengambil makanan yang rendah lemak
- Kurangkan penggunaan minyak dan santan
- Kurangkan pengambilan garam dan gula
- Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
- Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak haiwan
Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagao penyakit berbahaya.
Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)
010-966 2965 (SUZANA)
Shaklee Independent Distributor 912405
Shaklee Independent Distributor 912405
shakleesuzeng@yahoo.com
No comments:
Post a Comment