- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: CADANGAN SUPLEMEN BAGI SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN DENGAN SHAKLEE

Sunday, 24 November 2013

CADANGAN SUPLEMEN BAGI SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN DENGAN SHAKLEE



Apa itu Migrain?

Mungkin ada yang tahu, dan ada yang kurang tahu.migrain sering kali dikaitkan dengan sakit kepala.. itu sesuatu yang umum diketahui.

Migrain
Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
Punca sebenar tidak diketahui dengan jelas tapi di percayai berlaku akibat kelainan/perubahan salur darah di dalam otak yang sebabkan rembesan bahan kimia tertentu dan gangguan system saraf autonomik. 
                                             

Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

Migrain terbahagi kepada 2 jenis iaitu 

  1. Migrain yang wujud bersama aura 
  2. Migrain tanpa aura. 
1. Migrain yang wujud bersama aura 



Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik.
 
Penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. 

Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Iaitu mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan.

Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura.

2. Migrain tanpa aura 

                                                             

Ada juga yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.
Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

Sebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut , biasanya di bahagian kepala yang sama, berulang ulang disertai rasa loya, terlebih sensitif dengan bunyi dan cahaya dan juga gangguan pandangan.


Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah.


Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.




Punca Sakit Kepala
  • Factor persekitaran- cuaca sejuk/panas, ketinggian, perubahan zon masa
  • Factor makanan-makanan ada kafein-coklat,kopi, MSG. Makanan ada nitrate banyak dalam makanan / siap proses/dalam tin
  • Glare- cahaya silau
  • Tekanan
  • Perubahan hormone pada perempuan – Sebelum atau selepas datang haid
  • Ubat-ubatan
  • Keturunan
  • Kurang rehat
  • Bekerja berlebihan
  • Gelisah
  • Lapar
  • Kurang air dalam seharian

Tanda dan Gejala Sakit Kepala

  1. Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70% pesakitberasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah
  2. Penglihatan pesakit menjadi sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya (silau). Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
  3. Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ianya perlahan.
  4. Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
  5. Badan berpeluh
  6. Terasa pening terasa seperti persekitaran bergerak-gerak dan berpusing.
  7. Pitam


Cara mengelakkan atau mengurangkan sakit magrain

                                      

  • Elakkan minum minuman yang mengandungi cafein
  • Elakkan terkena cahaya silau, dan panas berpanjang

                           
  • Berehat dan tenangkan fikiran
         
  • Melakukan senaman ringan
  • Perhatikan ubat yang diambil, jangan mengambil ubat sembarangan


Bagaimana Suplemen Shaklee dapat Meredakan Sakit Kepala atau Migrain


1. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

                               

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


2. B Complex

                        

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

010-966 2965 (SUZANA)
Shaklee Independet Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com

  

No comments:

Post a Comment