Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Gastrik Terbahagi Kepada Dua :
- Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati
- Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangkamasa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera selepas makan sedikit.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.
Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Tekanan (stress), rangsangan atau tindakbalas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Punca-punca lain Gastrik
- Amalan pemakanan yang tidak teratur
- Suka makanan yang pedas, masam (berasid)
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuforen dan naproxen
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan kokain
- Merokok
- Stress (Tekanan)
- Radiasi dan kemoterapi
- Makan dan minum bahan-bahan yang menghakis seperti racun
- Pengaliran semula hempedu ke perut
- Jangkita kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem imun
Tip Sepanjang Bulan Puasa
- Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi ia merupakan amalan yang disunatkan
- Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
- Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
- Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur
- Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
- Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
- Elakkan makanan yang berlemak
- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya.
- Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya mengisi perut yang kosong.
- Amalkan solat terawih bagi memudahkan pengahadaman makanan
credit to : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/453-gastrik.html
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Gastrik
- Caratomax - sejenis antioksidan semulajadi yang bertindak untuk menjaga lapisan membran perut & usus kerana lebihan asid dalam perut
- Ostematrix - sumber kalsium yang bersifat alkali & mampu meneutralkan asid di dalam perut
- ESP - membaikpulih luka dalaman dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat
- Alfalfa - kaya dengan sumber klorofil untuk meningkatkan tahap kealkalian badan pesakit gastrik
- Peppermint Ginger Plus - mengelakkan perut kembung, membuang angin dan memberi keselesaan pada perut.
Antara Testimoni
Sebarang pertanyaan, pengambilan suplemen mengikut bajet anda, cara dan perbincangan,
bolehlah hubungi saya :)
010-966 2965 (SUZANA)
No comments:
Post a Comment