- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: July 2013

Monday, 22 July 2013

MERAWAT JERAGAT DENGAN SHAKLEE

            Kecantikkan merupakan sesuatu yang sering kali didambakan oleh setiap insan terutama golongan Wanita. Apabila kulit cantik dan bersih, ia akan menambahkan keyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Kulit yang kusam, berjerawat, berparut dan berjeragat sangat merungsingkan. Apabila rasa rendah diri dan malu menguasai diri, ia akan merendahkan keyakinan seseorang dan menyebabkan prestasi sesuatu kerja merosot.

Apa itu JERAGAT

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala kelihatan hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, di pipi, dahi dan dagu. 

 



Punca JERAGAT

Punca jeragat ini terjadi disebabkan :-
  1. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari oleh sinar UV menjadikan pigmentasi kulit bertukar gelap
  2. Mereka yang mengalami masalah kekurangan nutrien kulit dan penjagaan kulit terutama kulit muka, biasanya terjadi golongan berumur 30 tahun ke atas.
  3. Kekurangan kolagen
  4. Hormon yang tidak seimbang disebabkan oleh mengandung dan manapaus
  5. Penggunaan pil perancang
  6. Merokok
  7. Gelisah dan tidak cukup tidur
  8. Penggunaan alat solek yang tidak berkualiti
  9. Masalah limpa


Lapisan JERAGAT

  1. Epidermal - jeragat berada pada lapisan atas kulit
  2. Dermal - jeragat berada pada lapisan dalam kulit
credit to : Dr Nurhalina Azly binti Minhat , gempaks.org


Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Jeragat


1. Collagen Powder meningkatkan collagen/ kolegen dalam badan supaya nampak sihat kekal cergas dan bertenaga dengan penampilan anggun menawan. Ia boleh ditingkatkan dengan pengambilan tambahan makanan tambahan kolagen bagi meningkatkan tahap kolegen dalam tubuh badan kita.

2. ESP - mengandungi protein yang yang mana protein adalah asas kepada sel. Protein bertindak membina sel yang sihat/'repair' sel-sel badan yang rosak. Jika sel mendapat makanan yang cukup, kulit akan terhasil cantik dan sihat dan mengurangkan kesan hitam akibat jeragat.


3. Vitamin E membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Mengandungi 400iu lengkap dengan Selenium.




4. Vitamin C - perlu dalam pembentukan kolagen


5. Omega Guard baik untuk masalah kulit yang kering kerana kandungan EPA boleh mengawal atur kandungan minyak dalam kulit.


6. Shaklee Spot Whitening Treatment :
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

Adakah Vivix Mengandungi Antioksidan ?

Ya ! Tentu sekali.
Malah, menjadi kelebihan Vivix untuk kulit bila ia mengandungi antioksidan yang paling berkualiti di dunia.
Satu kajian klinikal sudah dibuat untuk membandingkan tahap perlindungan sel diantara Resveratrol ( ramuan dalam Vivix), vitamin E dan vitamin C.
Keputusannya, Resveratrol mampu melindungi kerosakan sel setinggi 95%. Diikuti dengan vitamin E 65% dan vitamin C 37%.
Jadi vitamin manakah yang sepatutnya anda pilih ? Mestilah Vivix !




Mencegah lebih baik dari mengubati :)

Sebarang pertanyaan, pengambilan suplemen mengikut bajet anda, cara dan perbincangan,
bolehlah hubungi saya :)

010-966 2965 (SUZANA) 
shakleesuzeng@yahoo.com

Wednesday, 17 July 2013

CARA MENJADI AHLI SHAKLEE & CARA MENYERTAI GROUP JUTAWAN SHAKLEE

Assalamualaikum,

Entry kali ni saya nak bercerita sedikit sebanyak mengenai Bisnes Rangkaian Shaklee.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dipertemukan dengan GROUP JUTAWAN.

 Ini kerana kumpulan ini sangat-sangat luar biasa dari segi maklumat, keakraban, bersatu dalam kumpulan, ilmu dan pengalaman yang tidak terhingga yang disampaikan oleh Leader-leader hebat melalui pengalaman dan pengetahuan beliau, tidak kenal erti putus asa dengan usaha dan doa-doa yang sentiasa mengiringi setiap detik kami mengharungi hari-demi hari.


Bonus Cash / Bonus Tunai

Mana tidaknya, saya sendiri merasakan sangat kuat aura Group Jutawan ini. Selain saya sendiri menjadi leader, dua anak buah saya yang masing-masing SURIRUMAH SEPENUH MASA, baru sahaja menjadi ahli di bawah saya sudah merasa pendapatan BONUS CASH hampir RM 2,000 bulan lepas yang baru saja menyertai baru 3 BULAN.

Dan setiap bulan, ahli-ahli dapat menerima bonus cash SETIAP BULAN dengan syarat-syarat tertentu. Anak buah saya seperti tak percaya apabila melihat sendiri duit yang masuk ke dalam akaun mereka pada hari itu. Terus saya bagitau, itu tidak termasuk lagi cek yang akan diterima beberapa ratus lagi kerana pencapaian mereka dalam bisnes Shaklee. Indah bukan? Hampir 100% perniagaan Shaklee dilakukan melalui handphone berinternet sahaja.



Modal Kena Banyak?

Modal kena banyak? isk, tak de lah. Hanya anda membayar yuran keahlian RM 65 SEUMUR HIDUP.

Kena buat stok ke nak jual? Takde modal pon boleh jual. Pelanggang yang ingin membeli dan masukkan duit ke dalam akaun kita, duit itulah kita buat pesanan kepada Shaklee samada melalui email, telefon atau fax. Shaklee akan terus menghantar barangan tersebut terus kepada pelanggang anda. Senang bukan? Kita hanya mengambil order dan buat pembayaran sahaja. Sambil-sambil potong bawang pon boleh berniaga tau. :)

Banyak lagi kelebihan Shaklee yang kita dapat jika kita bersunguh-sungguh. Bagi muslim, diberi peluang Mengerjakan Umrah dengan layanan 5 Bintang dan 100% ditaja oleh Shaklee.
Ada lagi, bonus car/kereta dan macam-macam lagi.

Di bawah ini keratan-keratan yang saya ambil dari wall FB saya. v

Saksikan video Montage group kami iaitu GROUP JUTAWAN di bawah entry ini. Group paling cepat naik, siapa tahu dengan pengisian dan ilmu serta mendapat pimpinan leader-leader (saya salah seorang leader Shaklee :) ) Insyallah, anda pon dapat merasa apa yang kami telah rasa SETIAP BULAN. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok bru dapat tau ada yang tak tahu kalau nk jd ahli keluarga Shaklee macam mana.

Selama ni dia tengok je saya iklan macam2 suplemen Shaklee, dapat bonus ribu-ribu RM setiap bulan.

Dapat award, dapat free suplemen, dapat tu, dapat ni nanti.

Ok, macam ni, nak jd ahli/pengedar/nk beli sdiri tp nk harga ahli/bisnes atau semua yg bkaitan Shaklee, saya BOLEH TOLONG DAFTARKAN.

Saudara/saudari duk kat rumah je, nanti Shaklee akan pos BEG STARTER KIT terus kepada anda. Tak kira anda di mana berada. Setel. 

Berminat? Atau nk temuramah saya dulu, jom, dialu-alukan.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...yesss saya amat bersyukur kerana dipertemukan dangan Group JUTAWAN ini...sangat-sangat ajaib.

- Dari seorang yang biasa, menjadi luar biasa
- Dari seorang surirumah, menjadi seorang surirumah berpendapatan lebih 4 angka
- Dari seorang jurutera, menjadi seorang surirumah sepenuh masa berpendatan berpuluh2 kali ganda gaji jurutera
- Dari seorang sipi-sipi sudah kembali ke pangkal jalan...hehe 

Sesiapa berminat, meh la turut serta dengan saya. Nak tanya-tanya dulu pon boleh, besttt ! :)

pm https://www.facebook.com/messages/suzeng.la

Leader Shaklee Anda 018-9010227 SUZANA

Montage Group Jutawan Shaklee

Saturday, 13 July 2013

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BAGI SAKIT GOUT

Penyakit Gout

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.
       

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
 SECARA RINGKASNYA ;

Penyakit Gout

·                                                  
  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Bagaimana Terjadi Penyakit Gout


  • Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang.
  • Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
  • Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
                                        

  • Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.


Tanda- tanda Penyakit Gout

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
                           


  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 Peringkat Penyakit Gout

 Gout mempunyai 4 peringkat:
  1. Asimptomatik
  2. Akut
  3. Interkritikal
  4. Kronik.
  • Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut).
  • Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.
  • Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
  • Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus ( nodul berbentuk padat yang terdiri dari deposit kristal asam urat yang keras, tidak nyeri dan terdapat pada sendi atau jaringan)  besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjalhipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

 Kesan Penyakit Gout Jika Tidak Dirawat
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia (peningkatan kolestrol)
  • Diabetes (kencing manis)


Cara Mengatasi Penyakit Gout 

  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. Kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam

 sumber : http://tayibah.com , http://reiki-malaysia.com


Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Gout

                                                    

 1. ALFALFA – Bertindak menyingkirkan toksid dalam darah. Sifatnya yg beralkali membantu meneutralkan asid urik serta menyingkirkan lebihan asid urik dalam badan.

                                       
2. OMEGA GUARD - Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak.

                                             
3. OSTEMATRIX - Orang yang menghidap gout akan lebih berisiko untuk membentuk batu karang yang dibentuk daripada calcium oxalate yang akan memudaratkan kesihatan buah pinggang. Ia juga turut mempengaruhi pengeluaran urine. Ostematrix membantu untuk mengelakkan berlakunya batu karang.

                                     
3. PERFORMANCE DRINK - Sangat penting bg pesakit gout untuk mengekalkan air di dalam badan. Jika badan kekurangan air, paras asid urik semakin meningkat dan menyebabkan gout bertambah parah. Performance drink membantu mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan mengekalkan kesimbangan air dalam badan. Ia juga turut berperanan penting bagi mengeluarkan lebihan asid urik dalam badan. Sistem perkumuhan yang penting bagi pengeluaran air kencing yang mengandungi toksid dalam badan

Mencegah lebih baik dari mengubati :)

Sebarang pertanyaan, pengambilan suplemen mengikut bajet anda, cara dan perbincangan,
bolehlah hubungi saya :)

010-966 2965 (SUZANA)  
Shaklee Independent Distributor 912405
shakleesuzeng@yahoo.com

Wednesday, 10 July 2013

BERTENAGA DI BULAN PUASA BERSAMA SHAKLEE

Selamat menyambut Bulan Puasa kepada umat Islam di seluruh dunia :) 
Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah S.W.T bertemu dengan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini. Dikesempatan ini saya ingin memberi sedikit informasi tentang beberapa suplemen Shaklee yang dapat membantu kita kekal cergas, bertenaga dan tidak terhidrasi pada waktu siang.

Kekurangan nutrien dan mineral dalam badan menjadikan kita
- keletihan
- mengantuk
- kurang daya tumpuan
- kurangan daya ingatan
- kurang semangat

Memperkenalkan Mighty 3 Gems Set

Set Might 3 Gems Shaklee terdiri daripada
  1. ESP (Energizing Soy Protein)
  2. Meal Shake
  3. Performance Drink
Jom kita baca apa Suplemen ini dapat membantu kita ketika berpuasa
  • ESP (Energizing Soy Protein) - Sumber protien lengkap dengan 9 asid amino membuat anda rasa kenyang dengan lebih lama, mengekalkan paras gula normal dalam darah, memberi tenaga yang berpanjangan dan menjadikan badan kurang letih di samping menjadikan kulit semakin cantik, gebu dan berseri.
  • Meal Shake - sumber multivitamin yang terbaik. Apabila kita puasa, kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shake dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.
  • Performance Drink -  minuman seperti isotonik tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan mudah dahaga. Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
Set Might 3 Gems Shaklee sangat jimat kerana ia bukan sahaja boleh diambil oleh ibu, tetapi seisi keluarga. Senang, cepat dan lazat. Ada resepi bagi melazatkan lagi minuman sahur anda dengan penuh khasiat ini. Nak tau, kena lah hubungi saya ;)

Cubalah hari ini, anda akan nampak perbezaan :)




Sebarang pertanyaan, pengambilan suplemen mengikut bajet anda, cara dan perbincangan,
 bolehlah hubungi saya :)

010-966 2965 (SUZANA) 
Shaklee Independent Distributor 912405
shakleesuzeng@yahoo.com

Monday, 8 July 2013

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BAGI SAKIT GASTRIK

Apakah itu Gastrik?




Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Gastrik Terbahagi Kepada Dua :

gastritis
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangkamasa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera selepas makan sedikit.
Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. 

Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Tekanan (stress), rangsangan atau tindakbalas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Punca-punca lain Gastrik
  • Amalan pemakanan yang tidak teratur
  • Suka makanan yang pedas, masam (berasid)
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuforen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stress (Tekanan)
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan dan minum bahan-bahan yang menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke perut
  • Jangkita kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem imun
Tip Sepanjang Bulan Puasa
  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi ia merupakan amalan yang disunatkan
  2. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  4. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur
  5. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
  6. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  7. Elakkan makanan yang berlemak 
  8. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya.
  9. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya mengisi perut yang kosong.
  10. Amalkan solat terawih bagi memudahkan pengahadaman makanan
credit to : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/453-gastrik.html

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Gastrik
    1. Caratomax - sejenis antioksidan semulajadi yang bertindak untuk menjaga lapisan membran perut & usus kerana lebihan asid dalam perut
    2. Ostematrix - sumber kalsium yang bersifat alkali & mampu meneutralkan asid di dalam perut
    3. ESP - membaikpulih luka dalaman dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat
    4. Alfalfa - kaya dengan sumber klorofil untuk meningkatkan tahap kealkalian badan pesakit gastrik
    5. Peppermint Ginger Plus - mengelakkan perut kembung, membuang angin dan memberi keselesaan pada perut.

    Antara Testimoni
     



    Sebarang pertanyaan, pengambilan suplemen mengikut bajet anda, cara dan perbincangan,
     bolehlah hubungi saya :)

    010-966 2965 (SUZANA) 
    Shaklee Independent Distributor 912405
    shakleesuzeng@yahoo.com

    Sunday, 7 July 2013

    CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BAGI SAKIT BUASIR


    Apakah itu Buasir?

    Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membojol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

    Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

    Jenis-jenis Buasir 



    Buasir Dalaman

    Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. 

    Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

    Buasir Dalaman

    Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

    Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.

     Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


    Punca Buasir





    • Sentiasa duduk
    • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
    • Cirit-birit
    • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
    • Batuk yang teruk
    • Bersalin
    • Mengangkat berat
    • Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
    Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
    - Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir mengandung, mengalamai batuk yang melampau dan berpanjangan, meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.


    Tanda-tanda dan Gejala Buasir
    • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekita bahagian dubur. 
    • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
    • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
    Peringkat Buasir

    - Buasir ini ade 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan.

    Peringkat 1 ( Tahap 1)
    - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

    Peringkat 2 ( Tahap 2)
    - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur

    Peringkat 3 ( Tahap 3 )
    - Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit.

    Peringkat 4 ( Tahap 4 )
    - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan

    Langkah Pencegahan Buasir
    • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
    • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
    • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
    • Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena.
    • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
    • Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter sehari
    • Makan makanan seimbang : banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
    • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsang usus (kopi atau teh)
    • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur) berjumpalah dengan doktor.
    Jika langkah-langlah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat perit.

    credit to : http://ms.wikipedia.org/wiki/Buasir

    Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Buasir
    1. Omega Guard - baik untuk sendi dan otot. Omega bantu untuk kecutkan otot yang membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar
    2. Ostematrix - Bantu kurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika alami luka di bahagian dubur
    3. Zinc Complex - Pengambilan zinc complex adalah amat disarankan pada pesakit buasir yang mengalami najis berdarah ketika membuang air besar. Zinc Complex dapat membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

    Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)

    010-966 2965 (SUZANA) 
    Shaklee Independent Distributor 912405
    shakleesuzeng@yahoo.com