- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE - PROSANTE

Monday 22 April 2013

PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE - PROSANTE

  Assalamualaikum... Post kali ni nak cerita penjagaan rambut secara luaran. Jangan ingt Shaklee ni cuma suplemen-suplemen aje... Syampoo pon ade... tu x cerita lagi tentang penapis air Shaklee kan? yang tu kemudian k...hihi..



  Sesiapa yang mengalami kepala berkelemumur atau yang mengalami keguguran rambut tu, boleh mencuba syampu ni... Sudah sedia maklum produk bebas bahan bahaya. Yang rambut normal pon boleh guna gak.
Setiap satu tu ade kegunaannya. Kat bawah nanti dihuraikan satu persatu.

Jom bace penerangan :-


Pernah dengar tak term SLS? SLS adalah water surfactant atau ejen pembuih. (to make the water wetter by reducing water's surface tension) Nama penuh SLS adalah SODIUM LAUREL SULFATE or SODIUM LAURETH SULFATE. Ianya di buat dari asid sulfurik, monododecyl ester dan sodium salt. Pendek kata, SLS ni bukan semulajadi, tapi sintetik., dihasilkan dari bahan kimia.
                   
SLS sintetik adalah bahan yg murah dan menghasilkan baaaaaanyak buih. Sebab tu bahan pencuci yg murah semua buih bukan main banyak. Zaman sekarang orang ingat makin banyak buih, makin bagus kan? Salah tu! Asalnya SLS ni digunakan untuk pencuci lantai. Buih- buih tu untuk buang kotoran degil kat lantai., tapi ada pulak guna untuk pembersih badan dan syampu. Bayangkan benda yang asalnya untuk cuci lantai, kita guna kat badan kita, boleh bayangkan tak, kesian badan kita. Macam pakai floor cleaner untuk mandi o___O

Kenapa SLS Sintetik bahaya?
SLS sintetik berbahaya sebab ia nya mengeringkan kulit, membuang lembapan kulit semulajadi. Kalau orang yang kulit jenis sensiti guna barang yang ada SLS, akan naik lah segala ruam sebab body's natural moisturizer has been removed by the SLS. Itu yang kengkadang lepas guna syampu yang mengandungi SLS, makinbanyak pulak kelemumur yang naik

FDA (Food & Drug Association) sendiri pernah menyatakan SLS sintetik ni bahaya untuk mata dan berbahaya untuk jantung, hati dan otak. Ianya bertoksik, dan boleh bertindak balas dengan bahan lain untuk membentukcarcinogenic nitrosamines.

Shaklee dan SLS
Dalam product Shaklee ada jugak guna kan surfactant (agen penegang air to make the water wetter) 

Shampoo Prosante
Dalam Shampoo Shaklee, yang nama Prosante pun ada surfactant. Surfactant Prosante adalah SODIUM LAURYL SULFOACETATE (tengok abbreviation mmg SLS jugak, tapi nama panjang tu lain), nama kimia bagi surfactant yg diperbuat drp PALM OIL & COCONUT. Bahan - bahan semulajadi ni tak mengeringkan kulit. Ia menjaga lembapan semulajadi & selamat utk tubuh & alam sekitar. Ia bersifat hydrofilik, maksudnya larut dlm air.

credit to : http://www.diaryofmuhammad.com/2013/02/lagi-banyak-buih-sabun-tu-lagi.html


Kandungannya agak pekat, tanpa pewarna, jadi kita tak perlu tuang banyak-banyak untuk cuci rambut. Selepas cuci, kulit kepala rasa bersih dan kering, kepala rasa ringan sangat. Tak seperti shampoo biasa, saya perlu pakai banyak sebab rambut saya panjang. Lepas bilas dengan air, kepala masih rasa licin, macam ada jer benda melekat atas kulit kepala tu. Huhuhu.. Bila mengenang semula keadaan tu, rasa geli plak nak pakai shampoo lain selain shampoo Shaklee.
Dan yang paling best, dengan menggunakan shampoo Shaklee, kita tak perlu cuci rambut hari-hari. Hari kedua dan ketiga pun masih rasa bersih. So, berbaloi la.. Walaupun harganya mahal dan kuantiti sedikit, kita tak perlu pakai hari-hari, rambut dan kulit kepala pun bertambah sihat.

20130218-134055.jpg


Sebenarnya, masalah rambut gugur bukanlah perkara pelik. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti di bawah:
Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin 
Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.
Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.
Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.
Jom lihat satu persatu :-
  
(1) Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
 
(2) Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
(3) Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
(4) Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
(5) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
 
(6) Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan ShakleeProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
20130218-134103.jpg

Yang mana satu anda perlukan?

Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:
Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.
Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.
Jom baca testimoni consumer lain yang telah menggunakan set ini.

20130218-214237.jpg
20130218-214255.jpg
20130218-214306.jpg
20130218-214317.jpg


credit to : http://www.ibumadeeha.com/2013/02/set-penjagaan-rambut-shaklee.html 
Jom la cuba, harga pasti menawan kalbu. 
"RAMBUT MAHKOTA WANITA"
Shaklee Independet Distributor 912405
010-966 2965 (SUZANA)
https://www.facebook.com/suzeng.la
shakleesuzeng@yahoo.com





No comments:

Post a Comment