- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat

Sunday, 3 April 2016

APA ITU TOKSIN

Apa Itu TOKSIN 
- merupakan zat BERACUN yang terdapat di dalam sel atau organisma hidup dan zat yang dicipta manusia melalui proses pembuatan tertentu.
- Apabila zat-zat ini meresapi dalam badan, ia menjadi RACUN dalam tubuh badan yang boleh MEROSAKKAN struktur dan fungsi sel badan.. Adalah sesuatu yang mustahil bagi kita untuk mengelakkan diri daripada dihinggapi toksin kerana ia terdedah di mana-mana sahaja kita berada.

Sumber TOKSIN

1) Toksin dari udara
2) Toksin dari air
3) Toksin dari makanan
4) Toksin dari zat kimia

 Toksin dari UDARA (Pencemaran udara)

- Udara bercampur dengan gas-gas beracun dan bahan kimia seperti gas metana dan karbon monoksida yang dilepaskan ke atmosfera. Toksid udara ini juga boleh didapati dari asap kenderaan, pembakaran sampah, asap-asap pemprosesan kilang, asap rokok dan sebagainya.

 Toksin dari AIR

- Sejumlah racun senyap boleh dijumpai dalam minuman dan mandian harian kita seperti klorin, pemutih, amonia dan sebagainya. Tidak semestinya air yang kelihatan kotor sahaja yang mengandungi bahaya, malah air yang kita anggap selama ini bersih juga mengandungi toksin.

Toksin dari MAKANAN

- Ini secara tidak langsung kita tidak menyedari bahawa toksin paling banyak kita ambil seharian. Contohnya makanan ringan yang mengandungi pewarna, perasa tambahan yang tinggi, makanan segera, makanan tidak bersih,  makanan yang diubah secara genetik dan sebagainya.

Toksin dari ZAT KIMIA


- Bahan kimia biasa diletakkan sejumlah kecil sahaja bagi tujuan tertentu seperti sayur-sayuran r disembur racun perosak tidak dicuci dengan bersih, sesetengah ubat-ubatan, barangan kosmetik yang mengandungi merkuri, asam retinoat, hidrokinon dan bahan pewarna yang merbahaya.

BAGAIMANA TUBUH BERTINDAK TERHADAP TOKSIN DALAM BADAN
- Tubuh kita dijadikan oleh pencipta sangat istimewa. Badan kita ditugaskan melakukan mekanisma untuk menyahkan racun dalam badan secara berterusan. Organ detoks dalam badan kita terdiri daripada hati, buang pinggang, paru-paru, sistem pencernaan, limpa dan sistem peredaran darah, semua organ ini memainkan peranan dalam proses detoksifikasi.

Tanda-tanda awal badan terdapat banyak toksin adalah seperti :

• Merasa letih dan kurang bertenaga
• Sering sakit kepala
• Lemah daya ingatan
• Masalah pencernaan
• Susah untuk tidur
• Letih tanpa sebarang sebab
• Lenguh sendi / badan
• Badan banyak angin / sinus
• Cepat merasa cemas
• Penuaan-pra matang
• Berat badan berlebihan


KESAN TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN



:: Berat Badan Sukar Turun
  - Apabila segala ikhtiar bagi menurunkan berat badan menjadi sukar, iaitu setelah pelbagai suplemen, senaman atau senaman dibuat, tetapi keputusannya amat mengecewakan. Ini menandakan badan anda dipenuhi toksin yang terlalu banyak.

:: Tumor / Kancer

- Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang terkumpul dipelbagai tisu badan

:: Nafas Berbau

   - Nafas berbau sering dikaitkan dengan sisa-sisa makanan dicelah-celah gigi, tetapi ia sebenarnya berkait rapat dengan masalah sistem pengahadaman dan hati yang sudah tidak dapat menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan anda. Mungkin anda sudah memberus gigi, mengunyah gula-gula getah, berkumur dengan ubat kumur, namun nafas anda tetap berbau kembali.

:: Sembelit

  - Makanan yang diambil mungkin mengandungi pelbagai pewarna, perisa tambahan yang tinggi serta bahan kimia yang diletak bersama-sama makanan supaya ketahanan kesegaran dikekalkan. Ini menyebabkan proses penghadaman menjadi sukar yang menyebabkan sembelit terjadi.
  - Apabila proses pengahadam sukar, sembelit kerap terjadi dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan. Maka, terkumpullah semua toksid yang memberi kesan kesihatan kepada anda seperti sakit kepala, keletihan, sukar tidur dan sakit-sakit badan.

:: Masalah Kulit

  - Apabila toksin yang diperolehi dari persekitaran, kulit adalah sebagai ukuran untuk melihat tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan. Maka, ruam, gatal-gatal, bisul, jerawat atau ekzema mudah terjadi.

CADANGAN MEMBUANG TOKSIN DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Herba Lax
  • Membersihkan najis yang tersekat / tersimpan lama dalam tubuh
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Memperbaiki kesihatan usus
  • Menguruskan badan
  • Mengurangkan bau badan
  • Mengurangkan ketegangan perut
  • Membantu sistem pertahanan yang lebih kuat
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut

Alfalfa
  • Membuang toksin dari tisu badan
  • Bersifat diuretik, mengawal pendarahan dan merendahkan tahap kolesterol. Ia juga 
  • Vitamin A - Membina ketahanan terhadap jangkitan khasnya saluran pernafasan, pertumbuhan sel, menggalakkan kulit yang sihat
  • Vitamin E - Melindungi sel dari rosak akibat kesan sinaran matahari, pencemaran udara. Baik untuk kesihatan jantung, kardiovaskular, menguatkan otot dalam badan.
  • Vitamin B6 - Membantu mengurangkan loya, memetabolisma protien dan lemak
  • Vitamin K - Untuk pembekuan darah, baik fungsi hati
  • Vitamin D - Mengawal kalsium dan fosforus. Penting untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat

DTX Complex

  ·         Kaya dengan bahan antioksida, melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun          dan bahan kimia.
·         Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
·         Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
·         Membantu mencegah masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.
·         Membantu menjana semula sel- sel hati.
·         Melawan tumor dan kanser.
·         Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.
·         Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
·         Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis.
·         Merawat sindrom keletihan yang kronik.
·         Membantu mencegah penyakit jantung.


Shaklee Independet Distributor 912405
011-1067.1067 (SUZANA)

Wednesday, 3 June 2015

SET ASAS PENJAGAAN KULIT MUKA NUTRIWHITE

Entry kali ini memberi info tentang penjagaan luaran paling asas untuk mencerahkan kulit muka dengan menggunan bahan semulajadi yang tidak membahayakan kesihatan kulit.



Set Nutriwhite Shaklee 

Kebaikan dan Kelebihan 
  • dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.
  • Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih  dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain. 
  • Selama 3 saintis Jepun dan Shaklee Amerika bekerjasama mengkaji dan ramuan 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih
  • tidak perlu ragu-ragu dengan bahan yang terkandung dalam produk ini kerana bahannya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi (rumpai laut, alga hijau, strawberi begonia)
  • diiktiraf HALAL oleh pihak JAKIM

Antara Kelebihan produk penjagaan kulit yang dirasai oleh pengguna 

1.       Membantu mengawal keradangan kulit
2.       Pengurangan tompokan pada kulit
3.       Memberi kelegaan pada kulit
4.       Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
5.       Melmbapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
6.       Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
7.       Membuang toksin

Set Asas Nutriwhite Shaklee



1) Gentle Deep Foaming Cleanser (Pencuci Muka) (150ml)

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan

2) Ultimate Protection Whitening Lotion (Sapuan Asas) (50ml)


  • Rumusan ringan
  •  tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran mataharis
  • Mountain Arnica untuk melegakan keradangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.


3) Soothing Radiance Whitening Softener (Toner / Penyegar)(150ml)


  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

0011-1067.1067 (SUZANA)
sshakleesuzeng@yahoo.com





Sunday, 31 May 2015

SAKIT TUMIT WAKTU PAGI


 Tumit merupakan salah satu bagian dari sistem pertulangan tubuh kita yang terletak di kaki. Tumit itu sendiri merupakan tulang terbesar dari telapak kaki. Tulang ini terletak di sebelah belakang yang mengalihkan berat badan di atas tanah ke belakang.


Dengan demikian, tulang tumit mempunyai tugas besar untuk menyangga berat badan, terutama ketika sedang berjalan atau berlari. Tumit juga bersendi, di sebelah atas tumit bersendi dengan talus (tulang tempat mata kaki berada) dan di depan dengan kuboid (tulang penghubung dengan jari-jari kaki).




Sakit tumit merupakan masalah kaki yang kerap berlaku kerana ia terdiri daripada masalah tapak kaki rata, tapak kaki terlalu melengkung, atau aktiviti fizikal seperti berlari yang boleh mencetuskan radang dan kesakitan pada sascia.

Lazimnya sakit tumit ia sebenarnya lebih dikenali sebagai plantar fasciitis di mana ia merupakan bengkak atau radang terhadap tisu yang menyokong lengkungan kaki yang dikenali sebagai sascia.

Radang ini disebabkan oleh tiada lengkungan pada kaki serta kaki mendatar yang memberi lebih tekanan serta berulang-ulang pada plantar sascia.

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
·         Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
·         Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
·         Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
·         Kecederaan tulang seperti retak


                             

·   Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi



Gambarajah menunjukkan tahap tekanan yang diterima oleh tumit
Semakin tinggi tapak tumit tinggi, semakin banyak tekanan yang ditanggung oleh tumit


Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.


Bagaimana mencegahnya ?

Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.




Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur. (yang ni saya tak jual ye ;p )





Cara mengurangkan rasa sakit tumit
  •   Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot. 

  •   Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit. 


  •  Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit. 
  •   Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar. 

  •  Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan. 
  •  Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan. 
  •   Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.


PETUA TRADISIONAL :

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.


Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. Apabila garam mulai panas, angkat dna bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit. Amalkan selalu.




 Bagaimana Suplemen Shaklee dapat Meredakan Sakit Tumit


OsteMatrix
 membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. [sumber: Shaklee website]

Kelebihan OsteMatrix :
·                     1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
·                     400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
·                     400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.




Omega Guard 
Shaklee mempunyai Omega-3, DHA & EPA.
Terkini menunjukkan pengambilan asid Kajian lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 



Manfaat Omega Guard :-
1.   Melambatkan degradasi tulang rawan 
2.   Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi 
3.   Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit 



Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya :)

010-966 2965 (SUZANA) Shaklee Independent Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com