- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat

Saturday, 12 July 2014

SIHAT DAN CERGAS BERPUASA DENGAN CADANGAN SET SHAKLEE MIGHTY 3 GEM

    Alhamdulillah, bertemu lagi kita Ramadhan tahun ini. Syukur untuk kita yang masih bernafas dapat mengerjakan ibadah Rukun Islam yang ke-3. 

   Pabila berpuasa, mungkin ada antara kita yang mengalami gastrik, penat, mengantuk, lapar dan dahaga pada waktu siang ketika berpuasa. Apabila ke bazar Ramadhan, tidak pelik jika kita membeli bermacam-macam juadah yang kita anggap dapat habiskan nanti. Akibatnya, pembaziran berlaku. Dan jangan lupa, kebanyakkan makanan kuih muih banyak kandungan gula yang tidak bagus untuk kesihatan.

Di sini saya ingin memceritakan serba sedikit mengenai suplemen yang bersesuaian untuk mereka berpuasa. Set ini di panggil Shaklee Mighty 3 Gem.



ISTIMEWA SET MIGHTY 3 GEM

1. ESP (Energy Soy Protein)

  • Ia adalah makanan UTAMA dalam set kesihatan Shaklee
  • Penting dalam diet harian
  • Ia merupakan minumam berkhasiat - sumber protein lengkap, bermutu tinggi, diperbuat daripada soya Non GMO, iaitu soya yang tidak diubah genetiknya untuk memastikan kualiti terjamin
  • Memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu--tisu rosak
  • Setiap hidangan ESP Shakle bersamaan 14g protein soya semulajadi, diproses menggunakan air (bukan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones
  • Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa
  • Mengandungi kesemua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dengan sendirinya.
  • Mengandungi sumber kalsium dan zat besi
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

2. Performance Drink


Penghilang Dahaga
- Penyahhidratan merupakan penyebabbiasa bagi kelesuan. Shaklee Performance Drink terbukti secara klinikan untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.


Terbukti secara klinikal
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberi spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

3. Meal Shake


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan dan pasti digemari oleh seisi keluarga.
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat
  • Hidangan segera
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal shake Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Tambahan Meal Shake mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Baru-baru ini saya mendapat khabar dari seorang pelanggan saya yang membuat pesanan lagi untuk set ini bahawa, anak-anak beliau yang baru belajar berpuasa, Alhamduliilah, mampu mengharungi sepanjang seharian berpuasa. Abang dan kakak dia juga boleh merasa lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelum ini yang tidam mengambil set Mighty 3 Gem ini.

Alhamdulillah :)




Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

010-966 2965  (SUZANA)
Shaklee Independet Distributor 912405
shakleesuzeng@yahoo.com


Wednesday, 9 July 2014

PROMOSI JULAI 2014 VIVIX




Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

010-966 2965  (SUZANA)
Shaklee Independet Distributor 912405
shakleesuzeng@yahoo.com



Wednesday, 26 February 2014

VITAMIN CINTA SHAKLEE (KEMBALI MEKAR)

Assalamualaikum,

Terasa lama tidak update blog di sini. Kali ni entry khas untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja ( masalah hubungan intim, hilang nafsu seks ). Untuk yang belum berkahwin, boleh baca, tetapi ilmu yang dapat di sini boleh disimpan sebagai rujukan selepas berkahwin nanti. 

Ni antara produk yang paling laris yang pernah saya jual. Dan keputusan setelah mengambil suplemen ini, alhamdulillah semua senyum-senyum gembira. Ok, jom kita mulakan.

HUBUNGAN SUAMI ISTERI DINGIN? Mengapa?

Tidak keterlaluan jika dikatakan suasana sekarang pelbagai komitmen yang harus dipegang oleh pasangan suami isteri. Dengan tekanan di tempat kerja, perjalanan yang sibuk, jadual yang padat, tuntutan kerja lebih masa serta keletihan yang berterusan ke rumah bagi menyediakan keperluan keluarga pula. Dengan kerja-kerja mengurus anak-anak, membasuh, menyediakan pakaian untuk esok pula, dengar keluhan sahaja sudah terbayang keletihan yang amat kan? 

     
 


Hubungan intim suami isteri semakin terjejas dan berkurang kerana masalah dan keletihan yang melampau. Jangan biarkan ianya berlarutan, jangan biarkan andaian pasangan anda memahami anda dengan mengabaikan tuntutan keperluan hubungan intim ini. Rawat la dengan segera, kembalikan saat-saat seperti mana ketika mula-mula berkahwin dulu.
                                                              
                     

Kenapa saya beritahu set ini antara yang paling laris? Kerana hanya 2 suplemen sahaja yang diperlukan oleh pasangan suami isteri ini.




Fungsi Vitamin E dalam konteks hubungan intim untuk SI SUAMI

                                    

  • Keinginan untuk 'bersama' meningkat
  • Lebih bertenaga (seksual)
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih mudah terangsang
  • Lobido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan semangat
  • Meningkatkan kualiti sperma yang sihat dan cergas
  • Melancarkan aliran darah dengan jayanya

    Fungsi Vitamin E dalam konteks hubungan intim untuk SI ISTERI
                                              
    • Keinginan untuk 'bersama' meningkat
    • Lebih bertenaga (seksual)
    • Lebih mudah terangsang
    • Lobido yang lebih kuat
    • Untuk menstabilkan hormon seks / kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.
    Antara kelebihan lain Vitamin E
    • Antioksida yang tinggi
    • Menyihatkan jantung
    • Menjadikan kulit dan rambut menjadi sihat
    • Membantu  dalam pencegahan penyakit katarak
    • Meningkatkan prestasi atlit dan mereka yang kuat menggunakan tenaga seharian
    • Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
    Fungsi Alfalfa konteks hubungan intim untuk SI ISTERI
    • Membantu mengurangkan masalah 'kering ketika bersama'
    • Membantu mengurangkan masalah keputihan
    • Menghilangkan bau badan yang bermasalah
    • Bertindak mengetatkan 'khazanah wanita'
    • Meningkatkan stamina
    • Badan rasa lebih ringan dan bertenaga
    Antara kelebihan lain Alfalfa
    • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
    • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
    • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
    • Melegakan elergi dan ekzema
    • Meneutralkan asid dalam badan 
    • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau

    Testimoni yang telah mencuba set ini :-

    Testi 1

    Testi 2


    Kita hanya berusaha, Tuhan yang menetukan segala-galanya. Semua dengan izin-Nya. Insyallah.


    Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
    Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

    010-966 2965 (SUZANA)
    Shaklee Independet Distributor 912405
    shakleesuzeng@yahoo.com

    Saturday, 30 November 2013

    MENJAGA KESIHATAN SENDI DENGAN SHAKLEE

    Sakit sendi sering dikaitkan dengan golongan orang berusia. Lebih-lebih lagi ketika waktu sejuk. Mari kita lihat, apakah yang dikatakan sakit sendi ini.

    Sendi

                           

                           

    Sendi adalah pertemuan dua tulang pada bahagian tubuh. Ia boleh disamakan seperti keadaan engsel pada pintu. Fungsinya adalah menyokong pergerakkan badan dan otot. Diantara sendi yang biasa adalah sendi lesung dibahagian pinggul dan bahu serta serta sendi engsel dibahagian lutut dan siku.

                                              



    Terdapat 2 jenis sakit sendi (arthritis) kronik yang utama iaitu:

                             

    1. Osteoarthritis – berkaitan kehausan sendi & tulang rawan
    2. Reumatoid arthritis– penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi.

    Wanita mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat serangan sakit sendi akibat arthritis manakala lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.




    Osteoarthritis

                                       

    Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.


    Tanda-tanda dan Gejala-gejala Osteoarthritis
    •  Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang     belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
    • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
    • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan  rawan.



    Arthritis Reumatoid

                     
    Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

    Tanda-tanda dan Gejala-gejala
    •   Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
    •  Kekejangan pada awal pagi.
    •  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
    •   Tidak mampu untuk menggerakkan sendi seperti mana biasa.
    •   Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
    •   Kelemahan dan kepenatan.
    •   Demam ringan.
    •  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
    •  Apabila berdiri atau duduk pada posisi yang sama untuk jangkamasa lama, kekejangan otot akan berlaku.


    Antara faktor yang meningkatkan risiko serangan sakit sendi ialah:
    1.  Keturunan
    2.  Peningkatan usia - Warga emas seringkali dikaitkan dengan sakit sendi dan lutut serta lain-lain sakit badan. Ini disebabkan kekurangan cartilage atau pelincir dan kusyen sendi yang semakin menipis.
    3.  Masalah kecederaan lama - Kecederaan dari aktiviti harian seperti mengangkat barangan dengan berat berlebihan, aktiviti 'outdoor' seperti mendaki gunung atau bersukan.
    4.  Berat badan berlebihan - berat badan melebihi had yang membebankan sendi lebih dari sepatutnya.

    Amalan yang disarankan seharian

    •  Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan  atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
    •  Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukansesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
    •  Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
    • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
    • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
    •  Fikir secara positif dan ceria selalu.


    Hindari
    • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
    •  Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
    •  Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
    •  Memakai kasut yang tidak berpadanan.
    •  Membiarkan sakit mengganggu moral anda.


     Bagaimana Suplemen Shaklee dapat Meredakan Sakit Sendi


                              


    Langkah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
                        
    Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
    1.  Ekstrak Boswellia - Menyokong keselesaan sendi (menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi)
    2.  Ekstrak jagung - Membekalkan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
    3. Vitamin C, Zink, Tembaga & Mangan - Membekalkan sokongan nutrien untuk memelihara tisu penyambung yang sihat.

    Langkah 2 : Mengurangkan inflamasi

    Omega Guard Shaklee mempunyai Omega-3, DHA & EPA.
    Terkini menunjukkan pengambilan asid Kajian lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

    Manfaat Omega Guard :-
    1.   Melambatkan degradasi tulang rawan 
    2.  Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi 
    3.  Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit 

    Langkah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

    Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. 
    Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis

    Manfaat Ostematrix :-
    1.  Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.
    2. Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
    3.  Vitamin D (400 IU) - Membantu dalam metabolisma tulang.
    4.  Mangan, tembaga & Zinc - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
    Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

    010-966 2965  (SUZANA)
    Shaklee Independet Distributor 912405

    shakleesuzeng@yahoo.com

    Tuesday, 26 November 2013

    HERB LAX SHAKLEE

    Antara produk Shaklee yang paling laris Herb Lax.

    Apa Itu Herb Lax

                                                     


    Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas

    Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

    Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



    Fungsi Herb Lax

    • Mengandungi kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas
                           
    • Membersihkan najis yang tersekat / tersimpan lama dalam tubuh
    • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
    • Membantu masalah sembelit
    • Mengempiskan perut
    • Melawaskan pembuangan air besar
    • Memperbaiki kesihatan usus
    • Menguruskan badan
    • Mengurangkan bau badan
    • Mengurangkan ketegangan perut
    • Membantu sistem pertahanan yang lebih kuat
    • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
                               
    • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)



    Tanda Mengalami Masalah Pencernaan

    ·                     Masalah kulit
    ·                     Gangguan pada buah pinggang
    ·                     Mulut dan nafas berbau
    ·                     Sesak dada
    ·                     Angin ahmar
    ·                     Wajah nampak tua
    ·                     Kembung perut
    ·                     Daya Imun rendah 



    Ramuan yang terkandung didalam Herb-Lax Shaklee 


                                         
     Alfalfa Leaves - Membersihkan usus,darah dan hati.



                             
    Anise Seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.




                            
    Blue Malva Flower -Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.





                           
    Barkthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakkan dan memberi lembapan kepada usus.





                           
    Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma.





                         
    Fennel Seed(Jintan Manis)- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol.Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.






                           
    Licorice Roots - Membantu proses detoksifikasi






                          
    Rhubarb Root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.






                                 
    Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.



    Pembuangan detok di dalam badan penting bagi penyerapan nutrien, minaral dan zat-zat penting semasa pengambilan secara optimum.


    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

    Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
    Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

    010-966 2965 (SUZANA)
    Shaklee Independet Distributor 912405

    shakleesuzeng@yahoo.com