Air
kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu
pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'.
Batu
karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan
jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah
pinggang hingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu
karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan.
Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu
ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
Faktor risiko
Antara faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
Faktor risiko
Antara faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
- Kurang
air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi
lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah
mengalami masalah batu karang.
- Sejarah
keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh
faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang
berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu
karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
- Umur
— kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
- Jantina
— Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
- Penyakit
tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan
dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam
darah dan membentuk batu karang).
- Bahkan,
individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga
berisiko mengalami batu karang.
- Selain
itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik
yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
- Kesan
sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh
meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
- Pemakanan
— Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti
organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut
bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko
mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
- Kurang
bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama
terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad
menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu
karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak
air.
Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya
mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang
adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan
gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah,
iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi
memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian
berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada
peringkat awal dan boleh dirawat segera.
Jenis- jenis Batu karang
Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
- Batu
kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan,
iaitu kalsium dan oksalat.
- Batu
struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya
disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan
enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing
sehingga membentuk kristal struvite.
- Batu
asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan
daripada metabolisma protein.
- Batu
sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya
berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah
pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
Apa dia batu karang
dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.
Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi.
Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi.
Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
Apa dia batu Karang dalam Hempedu?
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda.
Apabila makan, pundi hempedu
anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki
duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke
bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam
makanan anda.
Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan
membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu
karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang
licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.
Jika
seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk
menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.
Apakah tanda-tandanya?
Apakah tanda-tandanya?
- Rasa
senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan
kadangkala sakit di bahagian abdomen.
- Loya
dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi
hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam
panas.
Bagaimana batu dalam hempedu diubati?
Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu
pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya,
pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat. Walau
bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom,
terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh
dilakukan.
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.
Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si
pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.
Perlukah kita berpantang?
ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam
soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau
pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami
masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan
kesihatan:
- Minum
banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
- Elakkan
minuman manis, terutama minuman karbonat.
- Kekurangan
vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan
seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan
pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
- Elakkan
makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging,
strawberi, koko, coklat dan teh.
- Kurangkan
pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
- Banyak
makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
- Kurangkan
sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
- Kurangkan
minum kopi, teh dan alkohol.
credit to : http://penyakitbatukarang.blogspot.com
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang
• B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
• Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
• Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut
Sebarang pertanyaan, pengambilan suplemen mengikut bajet anda, cara dan perbincangan,
bolehlah hubungi saya :)
Shaklee Independent Distributor 912405
shakleesuzeng@yahoo.com